Belajar Diploma Percuma

Ok. Posting ini agak special dari posting yang lain..posting ini tiada kaitan dengan kewangan atau kerjaya dalam bidang kewangan..
Posting ini saya nak mempromosikan sijil dan diploma yang percuma...ulang tulis lagi..PERCUMA..
Tujuan saya mempromosikan program ini bukan kerana saya agen kepada program ini atau wakil pengambilan pelajar..
tetapi kerana merasakan tanggungjawab untuk menolong adik-adik dan sahabat-sahabat untuk melanjutkan pelajaran dan kemahiran secara percuma..


Program ini adalah setaraf dengan program di IPTA..telah diiktiraf oleh JPA..maksudnya kalau lulus diploma, boleh la mohon program ijazah pula di IPTA lain..detail berkenaan program, sila rujuk poster kat atas ni..Incase kalau tak nampak..boleh call 03-6091 5322 atau apply online di www.ikn.gov.my

Apa yang saya nak tulis kat sini adalah perkara yang tiada dalam poster ini iaitu yuran...sehingga hari ini iaitu 7 Mei 2012.. Yuran pengajian sijil dan diploma adalah RM100 sahaja... Penginapan asrama adalah PERCUMA..Makan dan minum juga adalah PERCUMA kerana kerajaan dah bayarkan melalui elaun...Setiap pelajar Diploma akan mendapat elaun RM150 dan pelajar Sijil akan mendapat elaun RM120...so secara asasnya, adik-adik akan belajar secara PERCUMA malah diberikan elaun lagi...

Bidang yang ditawarkan berbentuk kemahiran...khas untuk lepasan SPM dan STPM..mesti sepenuh masa... Cadangan saya supaya ambik la sijil kemahiran ini..kemudian amik diploma...jadi anda akan sangat mahir dalam bidang anda.. contohnya...jika ambik sijil seni kraf batik, sambung la diploma seni kraf tenunan...jika lebih bagus..nanti ada peluang, buat la degree pengurusan perniagaan atau perakaunan....kalau dah kebetulan ambil diploma seni kraf ini...sambung pulak degree pengurusan perniagaan pun boleh juga...jadi, anda telah menyediakan diri dengan kemahiran dan pengetahuan untuk menjadi seorang bisnessman seni kraf yang berjaya..

Jadi, tolong la ambik peluang ini untuk sama-sama memajukan ekonomi diri, keluarga dan sekaligus negara kita..Rugi yang amat sangat kalau tidak mengambil peluang ini..

No comments:

Post a Comment