Kategori UTC Yang Best




UTC dalam industri amanah saham ini ada beberapa kategori. Ada yang best, ada yang tak best. Selalu kita dengar, UTC yang dah kita pilih untuk buat pelaburan dahulu dah tak aktif atau ditamatkan kontrak, itu kategori UTC tak best.  Jadi, siapa pula nak memantau pelaburan kita tu? Pening ok.

Jadi macam mana nak pilih kategori UTC yang best..yang bukan jenis chipsmore..'Kejap ada, Kejap tak ada..'

Kategori 1 : UTC Sepenuh Masa, Bukan Pelabur.
UTC kategori ini memang memilih kerjaya UTC sepenuh masa. Tetapi jangan konfiden lagi, cuba tanya UTC ini apa yang motivatekan beliau untuk menjadi UTC? Dan yang paling penting adakah beliau melabur? Cara beliau bercakap berkenaan pelaburan penuh dengan passion dan knowledge sharing atau just memang nak push kita melabur? Biasanya UTC kategori ini memilih untuk menjadi UTC sebab duit. Beliau mungkin melabur atau mungkin tidak. UTC ini akan push kita untuk melabur sebab itulah motivasinya sebagai UTC. Banyak UTC baru berada dalam kategori ini dan ada kebarangkalian UTC ini tidak aktif bila ditawarkan job yang dirasakan berbaloi.

Kategori 2 : UTC Sepenuh Masa, Pelabur. 
UTC yang lama memang berada dalam kategori ini. UTC ini dahulunya adalah pelabur dan mempunyai kelulusan dan kerjaya yang top.  Mereka menjadi UTC kerana berpuas hati dengan pulangan pelaburan dan melihat potensi bidang ini sangat besar. Oleh kerana UTC ini telah pun berjaya dalam kerjaya sebelum ini, kebarangkalian untuk dia berjaya sebagai UTC adalah tinggi sebab dah biasa kerja keras. Motivasi mereka adalah untuk melabur, menolong orang lain untuk melabur dan masa yang sama menerima pendapatan yang tinggi. UTC kategori ini mempunyai base client yang hebat dan besar dan juga berpendapatan tinggi. Kebanyakan mereka mungkin hanya menerima pelabur yang membuat pelaburan yang besar. Aktiviti mereka lebih untuk melatih UTC-UTC baru dibawah agensi mereka. Mereka kebanyakan bergelar UTC-GAM.

Kategori 3 : UTC Separuh Masa, Bukan Pelabur.
Motivasi UTC jenis ini adalah duit dan kebebasan masa. Mereka telah bekerja dan mungkin tidak suka akan kerja mereka atau tiada job satisfaction atau bosan dengan rutin pejabat. Mereka menjadi UTC kerana ingin mencuba bidang baru disamping mendapat pendapatan sampingan. Masalah besar UTC ini adalah jika mereka bukan pelabur dan inginkan pendapatan sampingan. Mereka akan berhenti bila-bila masa bila mendapati bidang ini tidak sesuai dengan mereka.

Kategori 4 : UTC Separuh masa, Pelabur.
Motivasi UTC kategori ini sama seperti kategori 2. Mereka tidak berhenti kerja kerana mereka suka kerjaya mereka. Kerjaya mereka memberi definasi berkenaan diri mereka. Kebanyakannya mempunyai kerjaya yang profesional. Contohnya, seseorang yang  memilih menjadi guru kerana ingin berbakti mendidik anak bangsa negara ataupun seseorang yang memilih untuk menjadi doktor kerana ingin berbakti kepada masyarakat. Mereka ini juga bermula sebagai pelabur, juga melihat potensi  bidang ini besar dan ingin menolong orang lain mendapat manfaat yang sama. Oleh kerana jiwa mereka jiwa berbakti kepada masyarakat, mereka akan menolong anda untuk melabur walaupun pelaburan anda berjumlah RM1,000 dan RM100 sebulan. Ini kerana, mereka mempunyai pendapatan tetap yang steady dan tidak bergantung kepada komisyen.  Mereka  adalah jenis UTC yang memberi galakan, dorongan dan pilihan untuk pelabur membuat pelaburan tanpa memaksa. Mereka jenis yang friendly dan suka berjumpa orang. Oleh kerana mereka juga pelabur yang memantau pelaburan sendiri, jadi mereka akan berada dalam industri dalam jangka masa yang lama.

Bagi saya, kategori yang best adalah kategori 2 dan 4. Sebab mereka juga pelabur, mereka faham apa yang pelabur mahukan dari segi service dan pulangan. UTC kategori 1 dan 3 boleh jadi best juga kalau mereka juga melabur dan passion dalam bidang ini.

Jadi, terpulanglah kepada anda untuk memilih UTC mana untuk bersama-sama dengan anda. Yang paling penting sekali pilihlah UTC yang juga pelabur.

Chan Chin Chow

p.s : Tulisan ini hanya pandangan peribadi hasil dari pemerhatian dalam industri ini sahaja. Mungkin ada pihak yang tidak bersetuju :) Peace.

Kisah Bapa Yang Luar Biasa


Saya ingin berkongsi pandangan Saudara Saiful Nang dalam blog ini.
Saudara Saiful Nang adalah pelopor bidang fotografi dan beliau adalah antara yang terbaik dalam bidang ini. Izinkan saya berkongsi tulisan hebat 'Saiful Nang : Saya Bapa Yang Malu Meminta-Minta'


Miskin-miskin ayah saya pun dulu, ada saving emas bila saya nak ke sekolah asrama dan masuk ke universiti satu-satu dijual. Beli masa harga rendah jual semula pada harga 3-4 kali ganda. Memang tak dapat tampung juga yuran pengajian di Universiti maka saya kenalah belajar sebaik mungkin dalam SPM sehingga penaja sanggup nak menaja dan memberi peluang kerjaya terus selepas tamat belajar. Tapi sekurang-kurangnya, tidak juga nak harap subsidi kerajaan.
Saya lakukan perkara yang sama. Seorang anak setiap lahir dah kita carumkan atas nama mereka secara konsisten setiap bulan dalam unit amanah dan insuran. Umur 17 tahun nanti, sekurang-kurangnya jika pendidikan masih lagi berbayar, mampulah menampung untuk masuk universiti swasta. Kalau nak masuk universiti swasta luar negara mungkin kena tambah tabungan per bulan bila keadaan ekonomi semakin baik. Setiap anak juga saya dan isteri membuat pelaburan jangkapanjang dalam hartanah supaya growth rate menjadi lebih tinggi dalam tempoh 17 tahun dari sekarang. Ini semua perlukan perancangan yang bijak
Kita belanja tengok Astro First tak komplen pun RM100 sebulan boleh terbang ke sana. Subsribe sport channel dan movie channel pun kita tak komplen, beli rokok sampai 2-3 ratus sebulan pun kita tak buat debat bila harga sentiasa naik nak carum RM100 sebulan untuk pendidikan anak kita terlampau mengharap pada bantuan. Jika anda menabung RM200 sebulan pun dalam unit amanah jangka panjang, dalam 17 tahun anda dah ada lebih 130k dan jika 4-5 orang anak anda masuk universiti kerajaan anak anda dah tak perlu berhutang dengan mana-mana pun.
Debat yang disaksikan tadi ada fakta dari kedua-dua belah pihak tanpa perlu prejudis dengan emosi atau fahaman politik masing-masing. Jika diteruskan PTPTN atau dimansuhkan sekalipun, adakah jika kita mampu melakukan dengan berdikit-dikit dari sekarang kita mahu harapkan bantuan? Kita ada pilihan untuk berusaha dan berrjimat. Bila mana kita lihat pemborosan berlaku dalam kerajaan, kita tuding jari pada mereka. Jika betul pun mereka salah, adakah kita tak lihat kita sendiri masih membazir untuk kita peruntukan sedikit dari pendapatan isirumah untuk kegunaan pada 17 tahun akan datang?
Saya dan isteri sependapat, jika anak kami cemerlang sekalipun dan mendapat tajaan untuk melanjutkan pelajaran, kami akan tetap fikirkan bahawa sekiranya kami lepaskan tajaan itu, ada orang yang lebih berhak menerima tajaan itu dapat belajar kerana kita mampu membiayai sendiri pembelajaran anak-anak.
Saya tak pasti kesahihan penyelewengan dalam kerajaan, saya juga tidak pasti ia praktikal untuk memansuhkan PTPTN. Dua-dua pihak ada fakta tersendiri. Maka kami pilih untuk MANDIRI dengan usaha SENDIRI.
Jika kita tak mampu berdiri, jangan salahkan mereka yang mampu berdiri lantaran usaha mereka. Jika kami mampu dan tidak perlu meminta-minta, mengapa perlu kita tebalkan muka meminta-minta. Semiskin-miskin ayah dan emak saya dahulu pun, masih ada perancangan untuk persekolahan anak. Sekurang-kurangnya 12 bulan menabung untuk beli baju sekolah, bayar yuran sekolah, yuuran PIBG dan beli buku bilamana sekolah masuk penggal baru.
Saya bukan ahli politik saya juga tidak prejudis pada mana-mana parti. Saya hanya seorang bapa yang malu untuk meminta-minta

        SAIFUL NANG

Saya tiada komen untuk coretan Saudara Saiful Nang kerana coretan ini telah menyampaikan maksudnya dengan jelas.

Anda juga boleh menjadi ibu bapa yang luar biasa, yang berfikiran jauh ke hadapan dan menyediakan hadiah terbaik untuk masa depan anak anda. Mulakan simpanan anda pada hari ini.

Chan Chin Chow