Kerja Yang Best Untuk Fresh Grad

Ingat tak posting Kerja Apa Yang Best Lepas Grad??

Ini adalah salah satu contoh kerja yang sangat-sangat membantu graduan muda aka fresh grad untuk polish soft skill anda.


Sebab apa saya kata SANGAT-SANGAT membantu?

1. Syarikat MNC mempunyai sistem latihan yang intensif.
Jadi, ambil la peluang belajar sambil bekerja ni untuk polish dan upgrade skill anda.
Kat universiti mana ada lecturer ajar macam mana nak handle client + customer dan bagai-bagai semua.

2. Panggilan telefon kepada beribu-ribu pelanggan.
Anda akan dilatih membuat panggilan telefon secara profesional kepada beribu-ribu atau berjuta-juta pelanggan DELL. Anda juga akan didedahkan dengan teknik-teknik close deal kepada pelanggan. Adakah pelanggan atau bukan pelanggan tidak mengenali DELL? Adakah anda tidak kenal DELL? Mustahil..mustahil...aiyoooo..
Jadi, produk terbaik dari syarikat terbaik dengan sistem yang terbaik. Kerja anda sangat mudah, polish skill untuk jadi yang terbaik. Konfem lepas ni, kalau nak call client, angkat phone dan pejam mata pun boleh close sale. Kira macam kentut je la..hehehe..

3. Belajar menyelesaikan masalah dan memuaskan hati pelanggan.
Adakah ilmu ini tidak berguna????Jangan berkata tidak.
Walau apa pun pilihan kerjaya anda di kemudian hari. Makan gaji atau bekerja sendiri, ini adalah ilmu paling-paling sangat amat berguna (Marah cikgu BM saya tengok ayat ni..hehehe).

4. Polish kemahiran berbahasa Inggeris.
Sekarang tak berapa mahir speaking? Tak apa. Pergi juga temuduga.
Mula-mula tu rujuk la skript, hafal la apa yang patut. Bayangkan kalau hari-hari kena speaking?
Mesti la lama-lama speaking anda yang pekat tu akan cair.
Jangan cakap orang, ayam pun boleh speaking tauuu...hehehehe..gurau jek...

Ada banyak lagi nak buat ulasan ni. Nanti tulis banyak-banyak, terasa menyesal pulak 10 tahun lepas tak ada orang bgtau suruh pergi temuduga macam ini. Kalau la boleh balik 10 tahun lepas, alangkah bestnya.

Untuk adik-adik graduan, nasihat ikhlas dari saya. Pergi la temuduga macam ini. Tak ada yang rugi pun. Kalau tidak terpilih pun, anda dapat pengalaman temuduga. Kalau terpilih, memang rezeki la kan. Belajar dan bekerja baik-baik untuk ambil pengalaman. Bagi diri sendiri masa untuk belajar 1-3 tahun. Lepas tu, boleh la consider untuk upgrade dengan kerjaya lain atau buka bisnes sendiri atau jadi UTC Public Mutual.




No comments:

Post a Comment