Jom Jadi Orang Luar Biasa.



Percaya tak dalam hidup kita ini kita boleh pilih untuk gembira untuk sedih untuk stress untuk bahagia dan untuk segala-galanya.
Rahsianya??? Sikap dan cara kita berfikir.

Sebagai pelajar, bila ditanya kenapa perlu belajar bersungguh-sungguh?
Jawapan orang biasa : Mak saya suruh belajar.
Jawapan orang luar biasa : Saya nak cari ilmu banyak-banyak dan berkhidmat dengan masyarakat.

Sebagai fresh grad, bila ditanya kenapa masih menganggur?
Jawapan orang biasa : Dah apply, tapi dapat kerja semua tak best, shif pulak, gaji pun kecik. Tak padan dengan penat belajar.
Jawapan orang luar biasa : Dah apply, dah dapat kerja bahagian customer service pun. Ingat nak kerja dulu 1-2 tahun belajar communicate dengan berkesan.

Sebagai pelayan di fast food restoran, ditanya kerja apa dan best tak kerja situ?
Jawapan orang biasa: Ala, kerja waiteres jek. Penat kerja dari pagi sampai malam.
Jawapan orang luar biasa : Saya kerja di ***. Kerja memang penat tapi seronok jumpa banyak orang. lapipun saya nak cari pengalaman nanti nak buka restoran sendiri.

Sebagai UTC pula,ditanya rakan kerja apa sekarang ni?
Jawapan orang biasa : Saya kerja jual unit trust.
Jawapan orang luar biasa : Saya konsultan pelaburan unit trust. Saya provide investment solution untuk bakal-bakal investor dalam bidang unit amanah. Saya akan design strategi pelaburan asset allocation yang sesuai dengan objektif pelaburan para pelabur saya.

Jawapan orang biasa akan membuatkan mereka tak ada cita-cita dan hidup mereka bosan dan sangat mudah untuk stress. Sikap yang negatif dan asal boleh ajer membuatkan mereka tak mudah terima cabaran untuk berubah.

Jawapan orang luar biasa pula memperlihatkan mereka bercita-cita tinggi. Sanggup berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya.
Mereka berfikiran positif dan sangat ceria untuk berurusan dengan mereka. Mereka seronok dengan hidup dan pekerjaan mereka.  Jadi memang best la kalau nak berurusan dengan mereka ni.

Jadi, jom jadi orang luar biasa. Jadilah pelabur yang luar biasa dan pilih la UTC yang luar biasa. Belum jadi UTC lagi? Jom jadi UTC yang luar biasa. Call ajer saya.
Can Cin Chow.

Tanam Pokok Duit



Saya ingin menceritakan berkenaan seorang adik ini sebab kagum dengan adik ini, dan merasakan ingin berkongsi kisah adik ini.
Adik ini dinamakan sebagai A, menghubungi saya melalui sms.

Adik A ingin melabur sebanyak RM10,000 dan bulanan banyak RM300 selama 25 tahun.
Jadi beliau mencari seorang konsultan yang juga pelabur supaya boleh mengurus dan memantau pelaburannya untuk jangkamasa yang panjang. Dalam komunikasi kami, banyak kali saya bertanya untuk pengesahan umurnya yang 17 tahun itu, anggapan saya mungkin A tersilap taip. Tapi selang waktu sebulan dua, saya tanya kembali, umurnya tetap 17 tahun. Sekarang melabur dengan fund house lain yang di JV bersama ibunya. Adik ini bekerja sendiri, mempunyai bisnes kecilan jadi boleh menyimpan RM300 sebulan bagi persediaan persaraan..(Bukan bisnes ceti haram yerr..).

Apa yang saya kagum ni, walaupun adik ini berumur 17 tahun, beliau dah buat persediaan untuk pelaburan jangka masa panjang.
Pada perkiraan kasar saya, adik ini akan mempunyai anggaran RM760K (jika purata pulangan 10%) ataupun RM1.4 juta (jika purata pulangan 15%) . Jadi, pada umur 43 tahun, adik ini akan bergelar jutawan.n. Jika taknak bersara pun, pelaburan tersebut boleh digunakan untuk modal perniagaan bersaiz besar. Pelaburan itu dah cukup besar untuk mencompound interestkan dananya sendiri. Macam tanam pokok duit, nanti dah berbuat duit, kita kutip ajer.  

Ibaratnya, macam kita tanam pokok durian kat dusun. Hari ini tanam 10 pokok, 25 tahun akan datang,  kalau kita bajakan dan semaikan benih durian,  10 pokok tu akan beranak jadik 100 pokok, mungkin 200 pokok, mungkin lebih. Masa ni kalau taknak semai benih pun tak per dah, makan ajer hasil 100-200 pokok tu. Boleh jual buah durian borong, boleh buat bisnes aiskrim durian, dodol durian dan sebagainya. Nampak tak?

Dalam hati saya, alangkah bagusnya kalau semua orang kat Malaysia ni macam ni. Ada sikap nak menyimpan jangka masa panjang dalam instrumen yang sesuai. Kalau simpan bawah bantal, lagi la teruk. Rumah hangus, duit hangus. Simpan dalam akaun simpanan, mmg tak sesuai sebab risiko inflasi.

Jadi, jom la tanam pokok duit kita. Bajakan sebulan sekali RM100 saja. Ataupun 3 bulan sekali guna baja duit dari akaun 1 KWSP.

Belajar Diploma Percuma

Ok. Posting ini agak special dari posting yang lain..posting ini tiada kaitan dengan kewangan atau kerjaya dalam bidang kewangan..
Posting ini saya nak mempromosikan sijil dan diploma yang percuma...ulang tulis lagi..PERCUMA..
Tujuan saya mempromosikan program ini bukan kerana saya agen kepada program ini atau wakil pengambilan pelajar..
tetapi kerana merasakan tanggungjawab untuk menolong adik-adik dan sahabat-sahabat untuk melanjutkan pelajaran dan kemahiran secara percuma..


Program ini adalah setaraf dengan program di IPTA..telah diiktiraf oleh JPA..maksudnya kalau lulus diploma, boleh la mohon program ijazah pula di IPTA lain..detail berkenaan program, sila rujuk poster kat atas ni..Incase kalau tak nampak..boleh call 03-6091 5322 atau apply online di www.ikn.gov.my

Apa yang saya nak tulis kat sini adalah perkara yang tiada dalam poster ini iaitu yuran...sehingga hari ini iaitu 7 Mei 2012.. Yuran pengajian sijil dan diploma adalah RM100 sahaja... Penginapan asrama adalah PERCUMA..Makan dan minum juga adalah PERCUMA kerana kerajaan dah bayarkan melalui elaun...Setiap pelajar Diploma akan mendapat elaun RM150 dan pelajar Sijil akan mendapat elaun RM120...so secara asasnya, adik-adik akan belajar secara PERCUMA malah diberikan elaun lagi...

Bidang yang ditawarkan berbentuk kemahiran...khas untuk lepasan SPM dan STPM..mesti sepenuh masa... Cadangan saya supaya ambik la sijil kemahiran ini..kemudian amik diploma...jadi anda akan sangat mahir dalam bidang anda.. contohnya...jika ambik sijil seni kraf batik, sambung la diploma seni kraf tenunan...jika lebih bagus..nanti ada peluang, buat la degree pengurusan perniagaan atau perakaunan....kalau dah kebetulan ambil diploma seni kraf ini...sambung pulak degree pengurusan perniagaan pun boleh juga...jadi, anda telah menyediakan diri dengan kemahiran dan pengetahuan untuk menjadi seorang bisnessman seni kraf yang berjaya..

Jadi, tolong la ambik peluang ini untuk sama-sama memajukan ekonomi diri, keluarga dan sekaligus negara kita..Rugi yang amat sangat kalau tidak mengambil peluang ini..