Cara Memilih Penasihat Kewangan

Macam mana pula nak pilih penasihat kewangan yang sesuai. Penasihat kewangan ni ada 3 kategori. 

Ada 3 kategori penasihat kewangan.

Kategori 1 : Ganjaran berasaskan komisyen
Kategori 2 : Ganjaran berasaskan yuran 
Kategori 3 : Ganjaran berasaskan komisyen dan yuran.

* Kebanyakan penasihat kewangan tidak ada pengkhususan bidang. 

Cara nak pilih? 

1. Pentauliahan
Ada CFP atau CHFc atau RFP. Ini setara dengan pentauliahan profesional untuk bidang guaman, kejuruteraan atau perakaunan.


2. Pengalaman
Pengalaman dalam bidang berkenaan contohnya insuran, pelaburan atau percukaian. Penasihat yang bertauliah pun perlu ada pengalaman at least 3 tahun.


3. Komisyen dan Yuran.
Pastikan kategori penasihat kewangan tu. Kalau yuran, tentukan berapa nilai yuran. Kena beringat juga bahawa yang percuma tidak semestinya yang terbaik.


4. Prihatin
Pilih yang prihatin dan banyak tanya untuk kenali objektif kewangan. Bukan yang terer jual air liur jek


5. Konsultasi pertama percuma.
Biasanya sesi konsultasi pertama ( yang beryuran) tu percuma je sebab analisis ringkas. Kecuali la kes-kes rumit mcm nak strukturkan semula hutang piutang ke.

Apa nak buat lepas ni?

Dalam tempoh 1- 2 bulan, cubalah dapatkan temujanji pertama dengan perunding yang telah diteropong. 




Bahagian Dua : Kesilapan Yang Orang Biasa Buat Bila Merancang Kewangan


Hari ini kita sambung cerita banyak-banyak silap tu yer..


Keempat : Jahil tentang konsep nilai masa wang.
Pe kemendenya pula nilai masa wang ni? Omputih kata time value.
Contoh yang paling tak seronok ialah hutang kad kredit.
Hutang RM500 je tapi dengan interest 18%, kalau tak bayar hutang ni beranak pihak punya la letih nak bayar. Hutang perumahan pun sama juga, pinjaman RM300K, tapi dah pinjam 25 tahun..kira punya kira..bayar bank RM650K..dah boleh beli rumah lagi sebijik..

Yang seronoknya ialah simpan RM100 sebulan selama 20 tahun, kadar faedah 10% la katakan, dapatla hasil RM72,000. Duit beranak kat simpanan kita takpe.

Masalahnya, orang biasa memang suka "menyimpan" kat kad kredit. 

Kelima : Perlindungan insuran tidak mencukupi. 
Kena beli insuran ke? Mesti beli.
Contohnya beli rumah harga RM300K. Kena la beli insuran yang cukup sebab kalau tiba-tiba kita meninggal dunia, insuran itu mencukupi untuk rumah tu so waris dapat terus menetap rumah tanpa risau rumah dilelong oleh bank.  

Keenam : Tidak faham atau buat-buat tak faham istilah inflasi.
Masa saya sekolah nasi lemak kerang/bilis yang makan kenyang sampai tengah hari cuma 80 sen saja.
Nasi lemak lauk ayam cuma RM1.50. Sekarang ni nasi lemak ciput, telur rebus belah 6 dah RM2.00.
KWSP buat kajian bahawa simpanan KWSP pun akan habis dalam tempoh 3 tahun saja. Lepas umur 58 tu macam mana? Kos hidup pun semakin tinggi akibat inflasi.

Ketujuh : Enggan menggunakan perkhidmatan penasihat kewangan bertauliah.
Kesilapan ini membuatkan ramai la pihak mengambil kesempatan. Masuk skim cepat kaya la...nak beli insuran,main beli je..nak invest dalam unit trust pun salah pilih dana..orang beli emas, dia pun nak beli emas.
Akhirnya semua lebur. Jadi, minta la nasihat dari perunding kewangan yang bertauliah. 

Jadi,apa nak buat sekarang ni?

1. Teropong diri sendiri dan kenal pasti mana satu silap yang selalu dibuat.
2. Mulakan perancangan kewangan peribadi dan mula la teropong nak jumpa perunding kewangan yang bertauliah.