Best ke jadi UTC

Best sangat ke jadi UTC?
Soalan dari rakan lama kepada saya.

Jawapan saya : Tengok la apa sebab nak jadi UTC. Orang jadi UTC ni banyak sebab.

Kalau nak jadi UTC sebab duit semata-mata. Memang tak berapa best. Best lagi kot buat bisnes jual-jual barang. Especially barang-barang pompuan macam pakaian atau aksesori,memang laku punya. Best lagi bisnes jual kereta ker. Jual rumah ker. Best lagi jadi bos besar. Goyang kaki kat pejabat suruh semua orang buat kerja. Paling senang, pergi kawin dengan pakcik-pakcik yang kaya raya tu.

Kalau nak jadi UTC sebab nak masa kerja yang fleksibel, yang boleh dirancang sendiri, yang tiada bos nak tengking sana sini. Best jugak la jadi UTC ni. Kita boleh merancang masa kerja, jumlah kerja dan juga berapa jumlah pendapatan kita sendiri. Tapi kalau memang penyakit malas lebih, memang tak best la.

Kalau jadi UTC sebab niat nak tolong orang. Tolong orang simpan duit. Tolong orang planning duit dorang. Share knowlegde pasal financial plannning dan investment. Memang boleh rasa best. Sebab kita ada elemen menambah nilai (value added) kepada hidup orang lain. Kita galakkan orang simpan duit untuk masa depan dorang. Bukan kita suruh belanja membeli-beli barang. Bukan suruh membazir duit ke skim cepat kaya atau join MLM yang perabih duit jek lebih..

Moment yang paling best skali bukan bila orang isi form investment untuk kita submit. Tapi, bila orang dah dapat capai objektif dorang.  Lagi 10 tahun, lagi 15 tahun bila anak dorang nak sambung belajar dah ada duit. Bila dorang nak pergi haji, ada duit lagi. Bila dorang dah bersara, ada duit lagi. Tak payah risau. Jadi, kalau nak saya jadi UTC yang servis anda, kena ready. Satu, ready untuk long term komitmen. Dua, ready untuk jadi kawan saya. Sebab saya nak tengok hasil dari planning yang saya buat hari ini memberi hasil pada 10-15 tahun akan datang. Mungkin 25 tahun sebab nak tengok bila pencen nanti, projection yang saya buat hari ini betul dan sangat menolong. Baru saya puas hati.

Jadi, menjawab soalan rakan saya.

Tengok la apa sebab nak jadi UTC. Banyak sebab orang jadi UTC.
Saya mmg best jek jadi UTC sebab saya boleh tolong awak rancang duit awak. 
Tu dah simpan duit ke belum tu? Meh sini saya kirakan KWSP awak.
Biar cukup nanti nak pencen, hati pun senang...

Harta Yang Paling Berharga



Apa harta yang paling berharga dalam hidup?
Setiap orang mesti ada senarai masing-masing.

Setiap orang yang saya kenal berkata harta yang paling berharga adalah anak-anak.
Setiap ibu bapa yang saya kenal berkata orang yang paling disayangi ialah anak-anak.
Kemudian perkara kedua perkara lain seperti keluarga (pasangan atau ibu bapa).
Perkara ketiga barulah kerjaya atau bisnes masuk dalam senarai perkara/harta yang berharga.

Jadi, apakah nilai RM100 untuk yuran ASTRO dibandingkan simpanan untuk masa depan anak kita?
RM100 jika disimpan tetap secara bulanan boleh menyediakan wang yang cukup untuk anak kita melanjutkan pelajaran tanpa pinjaman pelajaran yang membebankan anak kita sendiri selepas mereka graduate. Kita dah sediakan dua payung untuk anak kita dengan RM100. Pertama, payung untuk sambung belajar sebab tiada jaminan anak kita dapat pinjaman atau biasiswa pelajaran. Payung kedua ialah tiada beban bayar hutang pinjaman sebab tiada jaminan juga anak kita akan dapat gaji yang besar bila graduate.

Untuk perokok tegar yang seminggu mesti pekena 3 kotak, tak ke lebih kurang RM100 sebulan untuk rokok sahaja. Adalah rokok anda lebih berharga dari anak-anak?
Mestilah TIDAK.
Jadi, tukar la duit rokok itu kepada tabung simpanan anak.
Dah dapat 3 payung, payung ketiga ialah kesihatan yang lebih baik. Jadi nanti jimatlah belanja ubat nak rawat penyakit berkaitan tabiat merokok tu.

Untuk ibu bapa yang menghargai anak-anak aka permata  hati lebih dari segala-galanya, saya sangat suka menolong anda merancang tabung simpanan untuk masa depan permata hati anda. Berapa yuran khidmat perundingan saya??? GRATIS. Demi masa depan generasi permata hati kita semua.