Unit Amanah

Apa Unit Trust.
Menurut Persekutuan Pengurus Unit Amanah Malaysia atau lebih dikenali FMUTM (Federation of Malaysian Unit Trust Managers) : Skim unit amanah atau “unit trust scheme – UTS” merupakan suatu bentuk pelaburan kolektif yang membolehkan pelabur-pelabur yang mempunyai ojektif pelaburan yang sama mengumpulkan wang mereka, dan kemudian dilaburkan ke dalam portfolio sekuriti atau aset lain yang diuruskan oleh pengurus pelaburan professional.





Secara mudahnya, kita beramai-ramai masukkan duit dalam satu dana yang diuruskan oleh suatu syarikat pengurusan dana yang dipanggil “Syarikat Pengurusan Unit Amanah” atau ringkasnya UTMC (Unit Trust Management Company). UTMC ini pula akan laburkan duit kita dalam pelbagai portfolio yang diluluskan seperti sekuriti, bond ataupun aseet-aset lain dalam syarikat2 yang tersenarai di Bursa Malaysia atau pasaran ekuiti di luar negara. UTMC ini mestilah yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti (Securities Commission – SC) dan terikat dengan beberapa akta perundangan. Selain daripada SC, beberapa pihak2 lain juga terlibat dalam mengawal-selia industri skim unit trust ini demi menjaga kepentingan pelabur2, antaranya ialah Pemegang Amanah (Trustees), Juruaudit (Auditors), FMUTM dan Kementerian Kewangan.
Harus diingat UTMC ini diluluskan , bukannya perniagaan haram seperti skim cepat kaya, swisscahs dll. Pemilikan dana (portfolio) akan dibahagikan kepada unit dan pelabur2 dikenali sebagai ‘pemegang unit’ (unit-holders). Mengikut perlembagaan atau ’surat ikatan’ (the deed) skim unit trust, mesti terdapat pemegang amanah (trustee) untuk menjaga kepentingan pelabur. Trustee adalah pemilik sah ke atas semua aset dalam skim unit trust bagi pihak pemegang unit.

Nilai atau harga satu unit dalam skim unit trust dikenali sebagai “Nilai Aset Bersih” atau “Net Asset Value ” per share. NAV akan meningkat atau menurun mengikut nilai pelaburan dalam portfolio skim unit trust.. NAV bagi sesuatu unit trust fund dikira pada setiap penutup hari urusniaga. NAV tersebut boleh diruk di akhbar harian atau laman web UTM setiap hari.
Pulangan / ‘returns’ pelaburan adalah gabungan pembayaran pendapatan tetap dipanggil ‘agihan/dividen’ (cash distribution) dan tambahan nilai modal (capital gains) melalui pecahan unit (unit split).

Skim unit trust memberi peluang pelaburan untuk pelabur2 kecil membuat pelaburan dengan mudah. Jika kita bercadang untuk melabur / membeli saham ‘blue chip’ yang besar seperti Telekom, Sime Darby dll , kita memerlukan berpuluh ribu ringgit( ini belum kira kos broker saham dan lain2 lagi.). Tapi dengan skim unit trust, kita berpeluang melabur dalam stok-stok ni, bukan setakat satu syarikat malah dalam pelbagai syarikat. Inilah yg dipanggil kepelbagaian atau “diversification’ yang mana dapat mengurangkan risiko kalau melabur dalam satu portfolio sahaja.

Dengan risiko yang agak berpatutan, kebanyakan pulangan pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang (lebih dari 5 tahun) dalam skim unit trust adalah lebih tinggi daripada pulangan daripada akaun biasa dan deposit tetap (fixed deposit – FD). Anggaran pulangan UT adalah 10-15% berbanding akaun biasa dan FD pada anggaran 3% sahaja.

Unit Trust halal ker?



Ramai yang tertanya-tanya samada UT ini halal atau tidak. Islamic Unit Trust yang telah diluluskan dan disenarai oleh Suruhanjaya Sekuriti adalah halal untuk dilabur. UTMC perlu melantik Syariah Advisor untuk mengawalselia aktiviti setiap UTS yang ditawarkan

KELEBIHAN:

1) Kepelbagaian/Diversification.

 Kepelbagaian pelaburan boleh mengurangkan risiko kepada pelabur-pelabur. Kerugian di beberapa kaunter boleh diimbangi oleh keuntungan diperolehi di kaunter lain. Sekiranya pelabur melabur dalam beberapa dana iaitu tidak terhad kepada satu dana sahaja, pelabur akan meminimumkan risikonya. Orang putih umpakan ‘Don’t put eggs in one basket’

2) Pengurusan Dana Profesional.


Pelaburan dana dalam skim unit trust dibuat oleh pengurus dana yang profesional. Mereka ini mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam menguruskan pelaburan. Jadi, kita tidaklah bersusah payah membuat kajiselidik/ memikirkan bagaimana strategi pelaburan tersebut dijalankan. Mereka akan menguruskan wang kita dengan professional dan memastikan wang kita dilaburkan sebaik mungkin berdasarkan maklumat yang telah dikajiselidik.Dengan modal yang sedikit pelabur dalam unit trust berpeluang menyertai lebih banyak sektor /asset.

3) Tahap Kecairan (Liquidity) Yang Tinggi.

Kecairan ini dianggap salah satu faktor penting bagi pelabur kerana jika pulangan tinggi tetapi susah hendak dijual pon akan menyusahkan pelabur. Skim unit trust membolehkan anda menebus atau menjual-balik unit2 yang dipegang pada bila-bila masa dan mendapat bayarannya dengan cepat. Mengikut garis panduan skim unit trust, UTMC perlu membayar hasil daripada belian balik (repurchase) unit kepada pemegang unit secepat mungkin, selewat-lewatnya dalam tempoh 10 hari selepas menerima permohonan repurchase tersebut. Selain tahap mudah tunai, tahap kemudahan untuk membuat urusniaga pun boleh dikira tahap mudah juga. Anda boleh membeli atau menjual unit melalui Unit Trust Consultant.

4) Faedah dari ‘dollar cost averaging’

Melalui prinsip ini, pelabur tidak perlu risau akan masa yang sesuai untuk melabur/keadaan pasaran yang turun naik. Pelabur hanya perlu membuat simpanan tetapiuntuk jangkamasa yang agak sederhana dan konsisten. Pelaburan yang tetap dan kinsisten akan menyebabkan unit pelaburannya bertambah ketika pasaran turun dan pelaburan berkurang ketika pasaran naik.

5) Kos pelaburan yang berpatutan.

Apabila Pengurus Dana melabur dalam jumlah yang banyak mewakili UTMC, ‘ecomonies of scale’ dapat dicapai dan menyebabkan kos pelaburan UT berpatutan berbanding pelaburan lain seperti stok. Caj pelaburan yang lain lebih tinggi sebagai contoh caj komisen stockbroker.

KEBURUKAN

1) Risiko

Setiap pelaburan pasti mempunyai risiko. Jika terdapat pelaburan yang menjanjikan pulAnagn yang tinggi tetapi tiada langsung risiko, anda perlu berhati-hati. Anda perlu membaca setiap prospektus skim UT sebelum melabur. UT yang menjanjikan pulangan yang tinggi biasanya mempunyai risiko yang lebih tinggi.  Oleh itu, anda perlu mengenalpasti profil risiko anda terlebih dahulu. Jika tahap risiko anda rendah, anda perlu memilih UT yang berisiko rendah seperti contoh, Public Islamic Balanced Fund dari Public Mutual.

2)Tiada kawalan dalam pengurusan dana

Pelabur tiada hak untuk memilih portfolio pelaburan mereka kerana dana tersebut akan dikendalikan oleh pengurus dana professional yang dilantik mengikut ‘deed’ seperti yang tertulis didalam prospectus.

3) Caj dan yuran pengurusan

Caj permulaan akan dikenakan oleh UTMC bagi menanggung kos-kos pengendalian dana, permohonan, pengurusan akaun pemegang unit dan lain-lain lagi. Biasanya caj akan dikenakan pada anggaran 3%-6%. Caj seterusnya ialah yuran tahunan dan caj pertukaran (switching fee) jika pelabur bertukar skim. Caj semasa pelabur menjual unit (repurchase charge) sangat jarang dikenakan di Malaysia. Semua caj tersebut dimaklumkan kepada pelabur melalui Prospektus skim UT. Caj-caj tersebut dikawal selia dan diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti bagi menanggung kos pengurusan dana. Bagaimanapun, selepas ditolak caj-caj tersebut,UT  masih memberi pulangan yang memuaskan berbanding akaun biasa / FD.

4) Opportunity Cost

OC ini bermaksud pelabur kehilangan peluang pelaburan lain seperti di stok, saham, bond dll kerana memilih pelaburan Unit Trust.