Masa Bulan Puasa Harga Barang Naik, Lepas Raya Berat Badan Naik



Masa bulan puasa tiba-tiba semua harga barang makan naik.
Ayam dari RM6.80 sekilo jadi RM8.00 sekilo, tiba-tiba je.
Turun sket lepas harga kawalan jadi RM7.70..
Lepas raya ni harga ayam tak turun pun macam harga asal..
Macam mana tu?

Kuih-muih yang macam biasa2 tu...dari 40 posen jadik 50 posen seketul masa bulan puasa.. Tiba-tiba je naik harga...saiz sama je...Boleh pulak penjual bagtau.."Bulan puasa je yer harga 50 posen, barang2 sume mahal". Memang la dah cik penjual pun jual mahal jugak kan?

Apa kaitan dengan berat badan pulak?? 
Patutnya bulan puasa kena puasa so turun la berat badan..
Memang la turun sket la kan...sebab puasa sebulan...
Tapi bila hari raya cuti seminggu tu.. hamek...naik lebih dari sebelum puasa..
Canner tu?? Pening kan nak jawab..

Rasionalnya bila bulan puasa, kena la kurangkan makan..
Mmg dah kurang makan pun sebab puasa..
Ini tidak, bulan puasa melantak makan bila buka posa mcm  membela jin  ops..membela cacing dalam perut..
Itu la sebabnya harga barang2 makan mahal masa bulan puasa..
Ramai membela dalam perut...

Bila raya pulak... makan lagi banyak dengan open house bagai..
Hasilnya...dah la makanan mahal bulan posa...lemak pun berjaya diternak di dalam badan..
Huh..mmg letih kalo nak turun balik ni..kena puasa 6 bln syawal...Eh, silap..puasa 60 hari nak bagi badan ok balik...hehehehe

Cara Memilih Penasihat Kewangan

Macam mana pula nak pilih penasihat kewangan yang sesuai. Penasihat kewangan ni ada 3 kategori. 

Ada 3 kategori penasihat kewangan.

Kategori 1 : Ganjaran berasaskan komisyen
Kategori 2 : Ganjaran berasaskan yuran 
Kategori 3 : Ganjaran berasaskan komisyen dan yuran.

* Kebanyakan penasihat kewangan tidak ada pengkhususan bidang. 

Cara nak pilih? 

1. Pentauliahan
Ada CFP atau CHFc atau RFP. Ini setara dengan pentauliahan profesional untuk bidang guaman, kejuruteraan atau perakaunan.


2. Pengalaman
Pengalaman dalam bidang berkenaan contohnya insuran, pelaburan atau percukaian. Penasihat yang bertauliah pun perlu ada pengalaman at least 3 tahun.


3. Komisyen dan Yuran.
Pastikan kategori penasihat kewangan tu. Kalau yuran, tentukan berapa nilai yuran. Kena beringat juga bahawa yang percuma tidak semestinya yang terbaik.


4. Prihatin
Pilih yang prihatin dan banyak tanya untuk kenali objektif kewangan. Bukan yang terer jual air liur jek


5. Konsultasi pertama percuma.
Biasanya sesi konsultasi pertama ( yang beryuran) tu percuma je sebab analisis ringkas. Kecuali la kes-kes rumit mcm nak strukturkan semula hutang piutang ke.

Apa nak buat lepas ni?

Dalam tempoh 1- 2 bulan, cubalah dapatkan temujanji pertama dengan perunding yang telah diteropong. 




Bahagian Dua : Kesilapan Yang Orang Biasa Buat Bila Merancang Kewangan


Hari ini kita sambung cerita banyak-banyak silap tu yer..


Keempat : Jahil tentang konsep nilai masa wang.
Pe kemendenya pula nilai masa wang ni? Omputih kata time value.
Contoh yang paling tak seronok ialah hutang kad kredit.
Hutang RM500 je tapi dengan interest 18%, kalau tak bayar hutang ni beranak pihak punya la letih nak bayar. Hutang perumahan pun sama juga, pinjaman RM300K, tapi dah pinjam 25 tahun..kira punya kira..bayar bank RM650K..dah boleh beli rumah lagi sebijik..

Yang seronoknya ialah simpan RM100 sebulan selama 20 tahun, kadar faedah 10% la katakan, dapatla hasil RM72,000. Duit beranak kat simpanan kita takpe.

Masalahnya, orang biasa memang suka "menyimpan" kat kad kredit. 

Kelima : Perlindungan insuran tidak mencukupi. 
Kena beli insuran ke? Mesti beli.
Contohnya beli rumah harga RM300K. Kena la beli insuran yang cukup sebab kalau tiba-tiba kita meninggal dunia, insuran itu mencukupi untuk rumah tu so waris dapat terus menetap rumah tanpa risau rumah dilelong oleh bank.  

Keenam : Tidak faham atau buat-buat tak faham istilah inflasi.
Masa saya sekolah nasi lemak kerang/bilis yang makan kenyang sampai tengah hari cuma 80 sen saja.
Nasi lemak lauk ayam cuma RM1.50. Sekarang ni nasi lemak ciput, telur rebus belah 6 dah RM2.00.
KWSP buat kajian bahawa simpanan KWSP pun akan habis dalam tempoh 3 tahun saja. Lepas umur 58 tu macam mana? Kos hidup pun semakin tinggi akibat inflasi.

Ketujuh : Enggan menggunakan perkhidmatan penasihat kewangan bertauliah.
Kesilapan ini membuatkan ramai la pihak mengambil kesempatan. Masuk skim cepat kaya la...nak beli insuran,main beli je..nak invest dalam unit trust pun salah pilih dana..orang beli emas, dia pun nak beli emas.
Akhirnya semua lebur. Jadi, minta la nasihat dari perunding kewangan yang bertauliah. 

Jadi,apa nak buat sekarang ni?

1. Teropong diri sendiri dan kenal pasti mana satu silap yang selalu dibuat.
2. Mulakan perancangan kewangan peribadi dan mula la teropong nak jumpa perunding kewangan yang bertauliah.



Bahagian Satu : Kesilapan Yang Orang Biasa Buat Bila Merancang Kewangan


Orang biasanya fobia bila dengar agen insuran atau produk kewangan  call untuk temujanji. Memangla fobia bila dengar macam orang nak minta duit kita.. Macam nak minta duit tapi sebenarnya mereka ingin berkongsi pelan untuk perancangan kewangan anda.Kalau sesuai, boleh la teruskan dengan pelan tersebut. Kalau tak sesuai, cari yang lebih sesuai.

Saya nak kongsikan beberapa kesilapan yangbiasa orang buat dalam bab perancangan kewangan ni.

Pertama : Sentiasa menanggguh untuk memulakan sistem perancangan.
Hah..inilah kesilapan paling besar sekali..Berapa kali kita cakap "Tak apa la..tunggu dulu la.."
Masa tidak akan menunggu kita.

Kedua : Gagal menetapkan matlamat kewangan dan cara mencapainya.
Soalan kepada diri sendiri yang tidak diambil peduli seperti : Apa 3 matlamat kewangan saya? Berapa lama nak capai? Berapa nak put aside setiap bulan?
Padahal matlamat kewangan yang penting adalah untuk persaraan, pendidikan atau pembelian rumah memang sangat penting. Mulakan simpanan pertama dengan RM1000 dan RM200 sebulan selama 18 tahun membolehkan ibu bapa ada sebanyak RM160,000 bagi tujuan pendidikan universiti anak.
Untuk bersara dengan selesa, mulakan dengan RM5000 simpanan pertama dan RM200 sebulan selama 25 tahun membolehkan kita bersara dengan RM474 000 dalam simpanan kita selain duit KWSP.

Ketiga : Tiada disiplin untuk menabung secara sistematik?
Kalau tiada caruman paksa KWSP, memang orang kita akan bersara dalam keadaan papa kedana.
Selain KWSP, adakah kebanyakan orang menabung melalui cara lain? Kalau menabung, adakah menabung secara konsisten setiap bulan? Tepuk bahu tanya diri sendiri.