Bahagian Satu : Kesilapan Yang Orang Biasa Buat Bila Merancang Kewangan
Orang biasanya fobia bila dengar agen insuran atau produk kewangan call untuk temujanji. Memangla fobia bila dengar macam orang nak minta duit kita.. Macam nak minta duit tapi sebenarnya mereka ingin berkongsi pelan untuk perancangan kewangan anda.Kalau sesuai, boleh la teruskan dengan pelan tersebut. Kalau tak sesuai, cari yang lebih sesuai.
Saya nak kongsikan beberapa kesilapan yangbiasa orang buat dalam bab perancangan kewangan ni.
Pertama : Sentiasa menanggguh untuk memulakan sistem perancangan.
Hah..inilah kesilapan paling besar sekali..Berapa kali kita cakap "Tak apa la..tunggu dulu la.."
Masa tidak akan menunggu kita.
Kedua : Gagal menetapkan matlamat kewangan dan cara mencapainya.
Soalan kepada diri sendiri yang tidak diambil peduli seperti : Apa 3 matlamat kewangan saya? Berapa lama nak capai? Berapa nak put aside setiap bulan?
Padahal matlamat kewangan yang penting adalah untuk persaraan, pendidikan atau pembelian rumah memang sangat penting. Mulakan simpanan pertama dengan RM1000 dan RM200 sebulan selama 18 tahun membolehkan ibu bapa ada sebanyak RM160,000 bagi tujuan pendidikan universiti anak.
Untuk bersara dengan selesa, mulakan dengan RM5000 simpanan pertama dan RM200 sebulan selama 25 tahun membolehkan kita bersara dengan RM474 000 dalam simpanan kita selain duit KWSP.
Ketiga : Tiada disiplin untuk menabung secara sistematik?
Kalau tiada caruman paksa KWSP, memang orang kita akan bersara dalam keadaan papa kedana.
Selain KWSP, adakah kebanyakan orang menabung melalui cara lain? Kalau menabung, adakah menabung secara konsisten setiap bulan? Tepuk bahu tanya diri sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment