Showing posts with label Pelan Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Pelan Pendidikan. Show all posts

Kisah Bapa Yang Luar Biasa


Saya ingin berkongsi pandangan Saudara Saiful Nang dalam blog ini.
Saudara Saiful Nang adalah pelopor bidang fotografi dan beliau adalah antara yang terbaik dalam bidang ini. Izinkan saya berkongsi tulisan hebat 'Saiful Nang : Saya Bapa Yang Malu Meminta-Minta'


Miskin-miskin ayah saya pun dulu, ada saving emas bila saya nak ke sekolah asrama dan masuk ke universiti satu-satu dijual. Beli masa harga rendah jual semula pada harga 3-4 kali ganda. Memang tak dapat tampung juga yuran pengajian di Universiti maka saya kenalah belajar sebaik mungkin dalam SPM sehingga penaja sanggup nak menaja dan memberi peluang kerjaya terus selepas tamat belajar. Tapi sekurang-kurangnya, tidak juga nak harap subsidi kerajaan.
Saya lakukan perkara yang sama. Seorang anak setiap lahir dah kita carumkan atas nama mereka secara konsisten setiap bulan dalam unit amanah dan insuran. Umur 17 tahun nanti, sekurang-kurangnya jika pendidikan masih lagi berbayar, mampulah menampung untuk masuk universiti swasta. Kalau nak masuk universiti swasta luar negara mungkin kena tambah tabungan per bulan bila keadaan ekonomi semakin baik. Setiap anak juga saya dan isteri membuat pelaburan jangkapanjang dalam hartanah supaya growth rate menjadi lebih tinggi dalam tempoh 17 tahun dari sekarang. Ini semua perlukan perancangan yang bijak
Kita belanja tengok Astro First tak komplen pun RM100 sebulan boleh terbang ke sana. Subsribe sport channel dan movie channel pun kita tak komplen, beli rokok sampai 2-3 ratus sebulan pun kita tak buat debat bila harga sentiasa naik nak carum RM100 sebulan untuk pendidikan anak kita terlampau mengharap pada bantuan. Jika anda menabung RM200 sebulan pun dalam unit amanah jangka panjang, dalam 17 tahun anda dah ada lebih 130k dan jika 4-5 orang anak anda masuk universiti kerajaan anak anda dah tak perlu berhutang dengan mana-mana pun.
Debat yang disaksikan tadi ada fakta dari kedua-dua belah pihak tanpa perlu prejudis dengan emosi atau fahaman politik masing-masing. Jika diteruskan PTPTN atau dimansuhkan sekalipun, adakah jika kita mampu melakukan dengan berdikit-dikit dari sekarang kita mahu harapkan bantuan? Kita ada pilihan untuk berusaha dan berrjimat. Bila mana kita lihat pemborosan berlaku dalam kerajaan, kita tuding jari pada mereka. Jika betul pun mereka salah, adakah kita tak lihat kita sendiri masih membazir untuk kita peruntukan sedikit dari pendapatan isirumah untuk kegunaan pada 17 tahun akan datang?
Saya dan isteri sependapat, jika anak kami cemerlang sekalipun dan mendapat tajaan untuk melanjutkan pelajaran, kami akan tetap fikirkan bahawa sekiranya kami lepaskan tajaan itu, ada orang yang lebih berhak menerima tajaan itu dapat belajar kerana kita mampu membiayai sendiri pembelajaran anak-anak.
Saya tak pasti kesahihan penyelewengan dalam kerajaan, saya juga tidak pasti ia praktikal untuk memansuhkan PTPTN. Dua-dua pihak ada fakta tersendiri. Maka kami pilih untuk MANDIRI dengan usaha SENDIRI.
Jika kita tak mampu berdiri, jangan salahkan mereka yang mampu berdiri lantaran usaha mereka. Jika kami mampu dan tidak perlu meminta-minta, mengapa perlu kita tebalkan muka meminta-minta. Semiskin-miskin ayah dan emak saya dahulu pun, masih ada perancangan untuk persekolahan anak. Sekurang-kurangnya 12 bulan menabung untuk beli baju sekolah, bayar yuran sekolah, yuuran PIBG dan beli buku bilamana sekolah masuk penggal baru.
Saya bukan ahli politik saya juga tidak prejudis pada mana-mana parti. Saya hanya seorang bapa yang malu untuk meminta-minta

        SAIFUL NANG

Saya tiada komen untuk coretan Saudara Saiful Nang kerana coretan ini telah menyampaikan maksudnya dengan jelas.

Anda juga boleh menjadi ibu bapa yang luar biasa, yang berfikiran jauh ke hadapan dan menyediakan hadiah terbaik untuk masa depan anak anda. Mulakan simpanan anda pada hari ini.

Chan Chin Chow

Kos Pengajian di IPTA

"A gift of love is education"


Hari ini mari kita kira kos pengajian di IPTA.
Saya mengambil contoh kos pengajian di UPM. Klik Yuran Pengajian UPM untuk tengok detail.

Katakan kita merancang untuk anak kita menjadi doktor.
Yuran semester pertama : RM494 + RM850 + RM657.50 + RM640 (yuran asrama) = RM2641.50
Untuk semester 2 hingga semester 10 = RM2147.50
Total yuran pengajian selama 10 semester RM21,969.

Itu tidak termasuk duit makan minum dan buku.
Makan minum dan buku anggaran RM500 sebulan x 10 semester = RM5000.

Jadi kos pengajian dan sara hidup di UPM adalah RM26,969. Dibundarkan menjadi RM27,000.
Ini adalah kos pengajian pada tahun 2012.


Mari saya masukkan angka-angka ini pengiraan seterusnya.

Contoh Kes 1 :  Anak berumur 2 tahun. Ada lagi 16 tahun untuk ke universiti.

Kos pengajian dan sara hidup RM27,000 pada 2012 akan menjadi setara dengan RM76,799 pada tahun 2028 setelah mengambil kira kos inflasi sebanyak 3% setahun. Jadi, kita ada selama 16 tahun untuk menyimpan sebanyak RM76,799. Purata pulangan 12% setahun.

Kalau simpanan awal RM1000 dan bulanan RM100, kita berjaya mengumpulkan RM64,268 setelah 16 tahun. Macam tak cukup, betul tak?

Jadi, simpanan awal RM1000 dan bulanan RM130, kita berjaya mengumpulkan RM81,709 setelah 16 tahun. Ada baki RM4910. Ok la kan, boleh top up duit buku.

Contoh kes 2 : Anak berumur 5 tahun. Ada 13 tahun lagi untuk ke universiti. Purata pulangan 12% setahun.

Kos pengajian dan sara hidup RM27,000 pada tahun 2012 akan setara dengan RM70,282 pada tahun 2025. Ini dah ambil kira kos inflasi 3% setahun.

Kalau simpanan awal RM1000 dan RM100 bulanan, kita dapat kumpul RM41,956 untuk tempoh 13 tahun. Macam tak cukup la pulak.

Jadi, kira punya kira punya kira..simpanan awal RM3000 dan bulanan RM160, kita akan dapat kumpul RM73,239. Ada la baki RM2957. Boleh la kan.

Kalau ada 2 orang anak, macam itu lah pengiraannya.

Nak tahu kos pengajian di universiti-universiti lain pula. Hubungi saya yer, khidmat nasihat percuma saja.


Education plan, pelan pendidikan anak, tabung pendidikan anak, tabung anak,hadiah anak,terbaik untuk anak,unit trust konsultan,unit trust consultant, utc public mutual,pelan persaraan,retirement planning, rahsia melabur unit amanah, untung unit trust, public mutual,Cara mudah pelaburan  melalui KWSP,kiosk pintar KWSP, unit trust consultant, UTC, Public Mutual agent, agen Public Mutual, Best kerja UTC,Public Mutual,Pelaburan, Simpan duit, kerja paling best, gosip artis malaysia jutawan, kerjaya, berjaya,selamat makan gaji,kos pengajian IPTA, kos pengajian IPTS, rejection, skim cepat kaya, peluang kerjaya, insuran perubatan, takaful, simpan banyak duit, kaya cepat, mengayat awek cun, lisa surihani, hadiah terbaik untuk anak, kaya cepat, pelaburan emas, perniagaan, usahawan,MLM,jutawan,jawatan kosong,maharaja lawak,murah rezeki, anwar ibrahim

 




























Insuran Medical dan Pelan Pendidikan untuk anak.


Insuran medical apa yang best kalau nak ambik untuk anak?
Sekarang ni, kalau tak silap Prudential BSN la yang paling glamer skali.
Sebab boleh combine medical dan education dan saving. Betul?
Kalau nak pelan perlindungan had tahunan RM50,000 dan had seumur hidup RM150,000. Berapa yer fee bulanan Prudential BSN?
Sapa yang tahu tu, boleh la share. Sebab saya cuma tahu pelan bulanan RM100 untuk coverage RM10,000 medical sahaja. Kalau nak perlindungan tambahan, kena add on.

Saya mereka portfolio pelan perlindungan medical,education dan saving sendiri. Macam mana?
Macam ini. Anak berumur 5 tahun. Ada 13 tahun untuk belajar ke kolej.

Education plan dan saving : RM100 sebulan untuk 13 tahun, anggaran pulangan. RM74,000 ( Dana aggresif).

Insuran medical (Khas untuk pelabur Public Mutual) : Premium tahunan RM482 iaitu bulanan RM40.20 untuk perlindungan RM50,000 setahun. Kalau saya nak upgrade untuk perlindungan RM80,000 tahunan, premium cuma RM561 atau RM46.75 bulanan. ( Perlindungan boleh diperbaharui dan  diteruskan sehingga berumur 70 tahun).

Jadi bajet bulanan untuk insuran dan education plan anak cuma RM140.20 sahaja. Dengan jumlah perlindungan insuran yang tinggi dan simpanan pelaburan yang maksima.

Tambahan pula, dana yang dipilih mempunyai perlindungan Takaful yang PERCUMA lagi. Untuk pelabur Mutual Gold yang mempunyai pelaburan melebihi RM100,000, akan mempunyai 2 polisi perlindungan Takaful yang percuma. Best kan? Baik hati sungguh Public Mutual bagi dua perlindungan Takaful Percuma ni.

Tapikan, saya tak cakap Prudential BSN atau mana-mana pelan insuran,takaful,medical,education ni tak bagus tau..semuanya ok dan ada fungsi masing-masing. Saya pun ada satu Takaful Etiqa yang diambil 7 tahun lepas, sayang nak letgo pun. Jadinya, pelan apa nak pilih tu bergantung kepada objektif masing-masing.



Education plan, pelan pendidikan anak, tabung pendidikan anak, tabung anak,hadiah anak,terbaik untuk anak,unit trust konsultan,unit trust consultant, utc public mutual,pelan persaraan,retirement planning, rahsia melabur unit amanah, untung unit trust, public mutual,Cara mudah pelaburan  melalui KWSP,kiosk pintar KWSP, unit trust consultant, UTC, Public Mutual agent, agen Public Mutual, Best kerja UTC,Public Mutual,Pelaburan, Simpan duit, kerja paling best, gosip artis malaysia jutawan, kerjaya, berjaya,selamat makan gaji,kos pengajian IPTA, kos pengajian IPTS, rejection, skim cepat kaya, peluang kerjaya, insuran perubatan, takaful, simpan banyak duit, kaya cepat, mengayat awek cun, lisa surihani, hadiah terbaik untuk anak, kaya cepat, pelaburan emas, perniagaan, usahawan,MLM,jutawan,jawatan kosong,maharaja lawak,murah rezeki, anwar ibrahim

Yuran Pengajian IPTS di Malaysia


Semua ibu bapa inginkan pendidikan yang terbaik untuk anak masing-masing.
Semua ibu bapa inginkan tempat pengajian yang terbaik untuk anak masing-masing dan kalau boleh tu di IPTA yang berprestij dengan biasiswa dari korporat atau JPA. Tetapi adakah semua anak-anak yang cemerlang itu mendapat tempat di IPTA beserta biasiswa. Yang paling penting, adakah anda bersedia untuk memberikan pendidikan yang terbaik untuk anak anda?

Untuk langkah selamat, mari kita membuat pelan pengajian untuk anak masing-masing.
Ambil satu kolej atau universiti swasta. Saya pilih Taylor's University dan KDU College untuk rujukan la.

Taylor's University : Diploma Senibina RM73K dan Ijazah Senibina RM105K.
KDU College : Diploma Business Admin RM33K, Diploma Accounting RM 38K dan Diploma Mass Comm RM45K. Ijazah Business Management RM65K.

Itu baru yuran pengajian. Kalau termasuk sara hidup pulak macam mana. Course untuk diploma 2-3 tahun. Course untuk ijazah 3-4 tahun. Kalau RM1000  diperlukan sebulan untuk belanja makan, sewa rumah, pengangkutan dan lain-lain. Kalau 3 tahun dah RM36K. Kalau 4 tahun dah RM48K.

Jadi untuk kursus diploma di Taylor's University lebih kurang RM109,000.
Kursus diploma di KDU RM69,000 hingga RM81,000.

Kalau degree pulak, katakan nak amik kursus profesional macam senibina tu, 4 tahun belajar di Taylor's lebih kurang RM153,000. Kalau anak nak belajar course bisnes la sebab tak  minat sains dan teknikal so di KDU kosnya lebih kurang RM113,000.00

Gurp!! Mahal betul. Itu kos untuk sekarang. Lagi 10 tahun macam mana, lagi 15 tahun macam mana. Berapa pulak nak simpan untuk pelan pendidikan anak ni. Jom kira.

Kalau simpan masa anak tu baby lagi, simpan initial RM1000, dan RM100 bulanan insyallah dengan pulangan 15% boleh simpan RM110,000. Itu kalau simpan masa anak tu baby.

Kalau anak umur 5 tahun, baru mula menyimpan. Kena simpan initial RM5000, dan RM200 bulanan insyallah dengan purata 15% setahun, boleh simpan RM113,000.

Kalau anak 10 tahun pulak, ada lagi 8 tahun saja. Berapa pula nak simpan? Kalau simpan initial RM15,000 dan bulanan RM300, lepas 8 tahun ada RM95,000.

Perasan tak makin pendek masanya makin  banyak kena simpan?? Sebab tu kita kena menyimpan seawal mungkin.

Hubungi saya di 016-2220354 untuk mula menyimpan untuk pelan pendidikan anak, saya sedia membantu.

Bonus untuk semua, download buku Panduan Kos Pengajian Kolej Swasta sekarang untuk merancang pelan pendidikan anak anda.


Education plan, pelan pendidikan anak, tabung pendidikan anak, tabung anak,hadiah anak,terbaik untuk anak,unit trust konsultan,unit trust consultant, utc public mutual,pelan persaraan,retirement planning, rahsia melabur unit amanah, untung unit trust, public mutual,Cara mudah pelaburan  melalui KWSP,kiosk pintar KWSP, unit trust consultant, UTC, Public Mutual agent, agen Public Mutual, Best kerja UTC,Public Mutual,Pelaburan, Simpan duit, kerja paling best, gosip artis malaysia jutawan, kerjaya, berjaya,selamat makan gaji,kos pengajian IPTA, kos pengajian IPTS, rejection, skim cepat kaya, peluang kerjaya, insuran perubatan, takaful, simpan banyak duit, kaya cepat, mengayat awek cun, lisa surihani, hadiah terbaik untuk anak, kaya cepat, pelaburan emas, perniagaan, usahawan,MLM,jutawan,jawatan kosong,maharaja lawak,murah rezeki, anwar ibrahim

Hadiah Terbaik Untuk Anak







Masa kecik-kecik dulu, mak saya di kampung bukakan akaun kat Bank Pertanian ( sekarang Agro Bank)..masa tu, budak-budak sekolah dapat hadiah tabung bentuk kelapa muda yangberwarna hijau...sangat la gembiranya saya..sehari 50 sen saya masukkan dalam tabung..Zaman tu, 50 sen dah dapat nasi bungkus 30 sen, sebiji kuih 10 sen dan air segelas 10 sen kat kantin..

Kemudian dah sekolah menengah Mak bukakan akaun ASW2020..mak kata nanti simpan duit kat sini pulak..Sejak itu, setiap tahun duit raya masuk dalam ASW2020..kemudian dah masuk Uni..dapat biasiswa..sempat la kumpul duit biasiswa masuk dalam ASW ni...Mak saya orang kampung, tak tahu pasal Public Mutual..cuma tahu pasal ASB dan ASW..kalau la mak saya tahu pasal Public Mutual..dah tentu saya ni separuh jutawan dan sekarang...heheheheh

Tetapi,hasilnya masih boleh dibanggakan..sampai sekarang masih ada duit simpanan dari zaman kanak-kanak ni..Macam-macam dah buat...amik sikit masa nak buat kenduri kahwin...amik masa nak beli kereta dulu (Myvi jek..)amik lagi masuk dalam Public Mutual untuk simpanan dan pelaburan jangka masa panjang..

Didikan mengenai simpanan ini dan akaun pelaburan tersebut adalah hadiah yang terbaik dari mak saya. Oleh sebab simpanan dan pelaburan itu, saya tidak buat pinjaman pelajaran, pinjaman untuk berkahwin dan juga masih ada lagi simpanan sampai sekarang.

Jadi hadiahkan akaun pelaburan untuk anak anda....besar faedahnya..boleh digunakan ketika anak sambung pelajaran di universiti dan juga melansungkan perkahwinan..boleh juga dijadikan deposit untuk membeli rumah pertama anak anda.

Mulakan sekarang dengan RM1,000 sahaja dan RM100 setiap bulan. Dengan 15% setahun, setelah 18 tahun, simpanan anda menjadi RM110,426. Banyak kan? 

Ini adalah hadiah terbaik anda untuk anak anda.

Education plan, pelan pendidikan anak, tabung pendidikan anak, tabung anak,hadiah anak,terbaik untuk anak,unit trust konsultan,unit trust consutant, utc public mutual,pelan persaraan,retirement planning, rahsia melabur unit amanah, untung unit trust, public mutual,