Apa harta yang paling berharga dalam hidup?
Setiap orang mesti ada senarai masing-masing.
Setiap orang yang saya kenal berkata harta yang paling berharga adalah anak-anak.
Setiap ibu bapa yang saya kenal berkata orang yang paling disayangi ialah anak-anak.
Kemudian perkara kedua perkara lain seperti keluarga (pasangan atau ibu bapa).
Perkara ketiga barulah kerjaya atau bisnes masuk dalam senarai perkara/harta yang berharga.
Jadi, apakah nilai RM100 untuk yuran ASTRO dibandingkan simpanan untuk masa depan anak kita?
RM100 jika disimpan tetap secara bulanan boleh menyediakan wang yang cukup untuk anak kita melanjutkan pelajaran tanpa pinjaman pelajaran yang membebankan anak kita sendiri selepas mereka graduate. Kita dah sediakan dua payung untuk anak kita dengan RM100. Pertama, payung untuk sambung belajar sebab tiada jaminan anak kita dapat pinjaman atau biasiswa pelajaran. Payung kedua ialah tiada beban bayar hutang pinjaman sebab tiada jaminan juga anak kita akan dapat gaji yang besar bila graduate.
Untuk perokok tegar yang seminggu mesti pekena 3 kotak, tak ke lebih kurang RM100 sebulan untuk rokok sahaja. Adalah rokok anda lebih berharga dari anak-anak?
Mestilah TIDAK.
Jadi, tukar la duit rokok itu kepada tabung simpanan anak.
Dah dapat 3 payung, payung ketiga ialah kesihatan yang lebih baik. Jadi nanti jimatlah belanja ubat nak rawat penyakit berkaitan tabiat merokok tu.
Untuk ibu bapa yang menghargai anak-anak aka permata hati lebih dari segala-galanya, saya sangat suka menolong anda merancang tabung simpanan untuk masa depan permata hati anda. Berapa yuran khidmat perundingan saya??? GRATIS. Demi masa depan generasi permata hati kita semua.
No comments:
Post a Comment