Tips Refinance Pinjaman Rumah

Ada jugak kawan-kawan yang nak refinance loan rumah jugak kan.
Boleh kita sharing2 tips kat bawah ni.



Tips Jimat Membeli Rumah

Pening betul kalau kira-kira nak beli rumah ni. Mahal kemain lagi. Macam-macam caj nak kena bayar.Sajer nak share tips jimat nak membeli rumah. Untuk kawan2 dan sendiri jugak kan.




Simpan Duit Melalui Pinjaman ASB vs Simpan Sendiri ASB vs Unit Trust


Okey, masih dalam mood nak mengira-gira lagi.
Semalam tu kira-kira tuk modal besar. Hari ini kita kira-kira modal yang mampu milik la katakan. Jom kira..

Pertama : Pinjaman ASB.

Jumlah Pinjaman : RM35K
Tempoh : 25 tahun
Bayaran bulanan : RM204
(Kadar Bunga 4.95% : BLR 6.6%-1.65%)-Kalau BLR naik, bayaran bulanan pun naik tau.

Tekan kalkulator jadi RM61,200 jumlah yang perlu bayar balik kepada bank.
Kira untung lepas ni.

Jumlah pelaburan awal (lump sum) : RM35K
Tempoh : 25 tahun
anggaran Dividen : 8%

Tekan kalkulator jadi RM239,696.
Jadi untungnya RM239,696- RM61,200 = RM178,496.

Lepas 25 tahun ada simpanan ASB RM178,496



Kedua : Pelaburan Simpanan ASB ( Tanpa Pinjaman) 

Jumlah pelaburan awal : RM204 ( Buka akaun dengan jumlah yg sama bayar bulanan, nak buka RM lebih pun lagi  baik)
Pelaburan bulanan : RM204
Anggaran Dividen : 8%
Tempoh : 25 tahun

Lepas 25 tahun ada simpanan ASB RM180,360.


Ketiga : Pelaburan Unit Trust 

Jumlah pelaburan awal : RM1000 je.(Memang nak buka akaun minima RM1000)
Pelaburan bulanan : RM204
Anggaran Dividen : 12%
Tempoh : 25 tahun

Lepas 25 tahun ada simpanan RM343,401.

Bayar bulan-bulan sama je dengan RM204 ...masa pun 25 tahun.
Pulangannya berbeza-beza.  

Kesemua kaedah bagi pulangan yang baik, jadi pilihlah yang mana yang berkenan di hati.
Rasa nak untung sikit, pilih yang sikit. Rasa nak untung banyak, pilih yang banyak.


Lebih baik buat pinjaman dari tiada langsung simpanan tapi kena consider part BLR tu.
Bila BLR naik, bayaran bulanan pun meningkat jugak. 
Kalau ada allocation wang, lebih baik simpan sendiri dari buat pinjaman.



p.s : Boleh download Financial Calculator di Playstore dan masukkan figure di Compound Interest Calculator

Simpan Duit Melalui Pinjaman ASB vs Unit Trust Part 2





Hari ini saya dapat emel daripada bank berkenaan dengan pinjaman ASB.
Jom buat kira-kira mana tahu offer kali ni boleh bagi return yang lebih baik dari unit trust.

Pinjaman ASB.

Jumlah Pinjaman : RM100K
Tempoh : 25 tahun
Bayaran bulanan : RM582
Kadar Bunga 4.95% : BLR 6.6%-1.65%

Tekan kalkulator jadi RM174,600 jumlah yang perlu bayar balik kepada bank.
Kira untung lepas ni.

Jumlah pelaburan awal (lump sum) : RM100K
Tempoh : 25 tahun
anggaran Dividen : 8%

Tekan kalkulator jadi RM684,847.
Jadi untungnya RM684,847- RM174,000 = RM510,847.

Untungnya lepas 25 tahun nak pencen ada RM510,847 duit simpanan ASB



Pelaburan Unit Trust 

Jumlah pelaburan awal : RM1000 je.
Pelaburan bulanan : RM582
Anggaran Dividen : 12%
Tempoh : 25 tahun

Hokeh, tekan kalkulator : RM948,203!!!! 

Bayar bulan-bulan sama je dengan RM582 ...masa pun 25 tahun jugak tapi boleh dapat dekat RM1 juta.
Kalau pandai buat asset allocation dan swicthing memang leh dapat RM1 juta bila nak pencen 25 tahun nanti.  

Jadi, saya simpan la brosur pinjaman ASB ni dalam laci.
Kot2 ada orang tanya lagi nanti saya kena nak buat kira-kira lagi.

p.s : Boleh download Financial Calculator di Playstore dan masukkan figure di Compound Interest Calculator

Cara Menjadi Kaya


Mula-mula jenuh fikir, apa yang dimaksudkan dek Pak Cik Buffett ni.
Kemudian..ketingggggggg...dah dapat..

Pak Cik Buffett ni kata nak kaya kena invest in time..biarlah sikit-sikit tapi long term. Orang tua kata lama-lama jadi bukit.
Simpan RM100 sebulan, lepas 30 tahun insya allah ada RM700K.

Pak Cit Buffett kata, orang miskin invest in money. Maksudnya, kalau invest duit yang banyak especially dalam skim cepat kaya, memang konfem la miskin.  Memang la kopak kan, tamak haloba nak kaya cepat tapi kayap je dapat. 

Jadi, jom simpan RM100 sebulan. 

KWSP Tawarkan Kewangan Persaraan.


Baru cerita pasal cukup ke tak cukup ke duit KWSP tuk pencen, tetiba arini terbaca dalam newspaper..KWSP bagi service nasihat kewangan persaraan mulai tahun depan.

So, jawapan pada posting sebelum ni. Memang tak cukup la kan duit KWSP tu tuk pencen. Itu sebab KWSP nak advise macam mana nak bagi cukup duit dan bersara dengan aman sentosa. 

Apa yang KWSP tawarkan tu bukan perkara baru pun.
Semestinya la WAJIB ada pelan persaraan dan pelan kewangan pendidikan untuk jangkamasa panjang. 

Masalahnya, pertama sekali..orang kita ni tiada tabiat menabung. Sale sepanjang tahun. Sikit-sikit nak sale. SOGO tu boleh kira berapa hari yang TIADA sale setahun. Punya ramainya umat manusia kat SOGO tu time sale. 

Keduanya, pendidikan kewangan ni patut mula dari zaman sekolah rendah. Biasakan anak menabung, kemudian ajarkan cara untuk berbelanja berhemah, cara untuk simpankan duit dalam amanah saham, buka akaun ASB ke SSPN ke.
Dari kecil-kecil lagi terangkan konsep compound interest . 

Melentur buluh, biar dari rebungnya.

Bagaimanapun, tahniah kepada KWSP kerana proaktif untuk menyediakan perkhidmatan nasihat kewangan persaraan kepada pencarum.



p.s : Boleh emel saya jika bercita-cita untuk mulakan pelaburan ahli KWSP untuk tingkatkan  dana persaraan.



Cukup Ke Duit KWSP Untuk Pencen?

Kisahnya dari kenaikan harga sebanyak 400% aiskrim malaysia yang dari 10 sen jadi 50 sen.

KWSP pun dah tingkatkan kadar simpanan asas untuk ahli-ahli. KWSP target ahli sekurang-kurangnya dulu ada RM120K bila umur 55 tahun kepada RM196K dalam akaun 1. 


Dulu kadar simpanan asas KWSP


Bermula tahun 2014, kadar simpanan asas


Pada perkiraan KWSP dengan anggaran jangka hayat sehingga 75 tahun. RM196,800 ini mencukupi dengan kadar perbelanjaan RM820 sebulan selama 20 tahun. 

Realitinya..cukup ke RM820 sara hidup sebulan? Kalau duit MAKAN SAHAJA cukup la tu. Tapi nanti masuk bil segala bil, cukup ke? 

Itu kalau ada minima RM196,800 bila umur 55 tahun. KWSP punya kajian tahun 2011 mendapati : 

72% ahli mempunyai simpanan RM50,000 dan kebawah.
47% ahli mempunyai simpanan RM20,000 dan kebawah.
Pada umur 54 tahun, hanya 30% ahli yang masih bekerja.

Jadi, macam mana tu? 
Susah kan nak jawab.

Realitinya ialah :


Kesimpulannya, fikir-fikirkan lah dan mula la kira-kira kecukupan duit KWSP masing-masing.





Aiskrim Malaysia Dulu dan Sekarang


Sapa tak pernah makan aiskrim ni dulu-dulu? Mesti penah kannnnn...
Masa saya sekolah dulu, suka sangat beli ais krim malaysia ni..RM0.10 je..ala, seposen je sebatang.. Kalo balik mengaji tu, harus la belu bawa balik kat adik2 sekali..makan tepi rumah..5 batang baru 50 sen..

Minggu lepas singgah kedai runcit kat rumah babysitter..tiba-tiba ternampak la aiskrim ni..teringat zaman dulu-dulu..amik la dua batang....harganya????? 50 sen sebatang so amik 2 batang RM1.

Hokehhhh..terkujat la gak kan...tapi menten muka selamber n terus bayar..haaa..amik...ingatkan 30 sen sebatang..terus hahhhh 50 sen..

Dari 10 sen jadi 50 sen..tempoh masa..20 tahun..so kenaikan harga aiskrim ini dalam tempoh 20 tahun adalah 400%!!!..( hokeh..tersedak..)
400% bahagi 20 tahun jadi 20% kenaikan setahun inflasi untuk aiskrim malaysia ni...bukan ada teknologi canggih pun nak buat aiskrim ni..Gurppp....

Hokeh, ini baru aiskrim malaysia..bayangkan barang-barang lain...
Kalo sekarang kira-kira duit KWSP lagi 20 tahun ada la dalam RM600,000...
( tu yg gaji RM4000-RM6000)..nampak macam cukup la tu kan..
Cuba kira tengok inflasi nanti..konfem nak pengsan kan??
Tu tak masuk duit ubat tuk sakit orang-orang tua lagi...

Jadi, kena la buat perancangan baik-baik.
Kalo ada cash tu, beli la aset dan simpan ASB.
Mana yang ada akaun KWSP tu, guna la akaun 1 untuk simpan dlm unit trust.
Mana tau, dari RM600,000 tu boleh jadi RM1 juta..
Harap-harapnya cukup la RM1 juta tu nak pencen.

Merancanglah dari sekarang.