Cara mudah untuk memulakan pelaburan unit trust melalui KWSP

Pertama : Baca dan download Panduan Skim Ahli KWSP Panduan KWSP (click untuk download)


Kedua : Agen akan berikan penerangan berkenaan pelaburan unit trust. Boleh hubungi saya di emel hanyrazak@gmail.com ( Proposal pelaburan boleh diemelkan)


Ketiga : Dapatkan nombor akaun KWSP anda. Boleh telefon dan tanya kepada Khidmat Pelanggan KWSP atau Pergi ke KWSP dan check berapa jumlah simpanan anda dalam akaun 1.


Senang saja, masukkan IC anda dalam kiosk yang disediakan, selepas pengesahan cap jari, anda boleh check dan print-out status akaun anda serta merta. Kalau ada internet dan anda telah mendaftar perkhidmatan online KWSP, lagi senang, log-in di http://www.kwsp.gov.my/ dan anda boleh check status akaun anda.


3) Dah tahu jumlah, boleh menggunakan kalkulator di web KWSP untuk mendapatkan anggaran jumlah simpanan anda yang boleh dikeluarkan dari simpanan KWSP anda untuk tujuan pelaburan.


4) Setelah anda pastikan kelayakan pengeluaran anda dan jumlah yang boleh dikeluarkan, fotokopi IC anda di atas kertas putih size A4. Muka hadapan dan muka belakang IC anda hendaklah di muka yang sama diatas kertas A4 tersebut. Atasnya front side dan bawahnya back side IC.


5) Langkah seterusnya, jumpa ejen anda dan beliau akan tolong anda isikan borang-borang berkaitan. Anda akan diminta tandatangan dan cap jari (kiri & kanan) ditempat-tempat yang berkenaan. Jangan lupa pula bawa sekali fotokopi IC anda tadi sebab kat situ pun kena cap jari. Nombor akaun KWSP pun kena ingatlah. Ink cap jari ejen anda akan sedia kan, jangan risau.


6) Agen anda akan menyelesaikanlangkah-langkah seterusnya. Setelah pihak KWSP meluluskan permohonan pengeluaran anda dan wang anda diterima oleh pihak pengurusan unit trust yang anda sertai, mereka akan menghantar surat pemberitahuan penerimaan pelaburan anda. Antara lain yang dinyatakan ialah nombor akaun fund yang anda sertai, jumlah wang yang diterima dan jumlah unit yang diperolehi. Dengan ini, anda telah secara rasminya menyetai skim unit trust melalui pengeluaran pelaburan ahli KWSP. Tahniah!


Beberapa tips dan peringatan untuk memudahkan urusan anda.


(a) Pastikan fotokopi IC anda jelas. Boleh dibaca. Tidak overlap antara muka depan dan muka belakang IC anda. Tidak terputus, imej IC anda tidak diletakkan terlalu ketepi kertas A4 hingga terputus imejnya. Warna fotocopy hitam putih sahaja.
(b) Untuk elakkan fotokopi jadi kabur, jangan fotokopi daripada kertas fotokopi IC anda (duplicate copy).
(c) Isi borang dengan ballpen hitam sahaja. Lain color tak boleh.
(d) Cap jari (ibu jari kiri dan kanan) mesti jelas.
(e) Sila bulatkan amaun pengeluaran KWSP anda. Contohnya RM2593.80, lebih baik dijadikan RM2590.00 (bulatkan ke amaun yang rendah). Ini akan memudahkan kakitangan KWSP memproses permohonan anda.
(g) Kalau belum lagi daftar perkhidmatan online KWSP, digalakkan daftar bila ke pejabat KWSP. Nanti 3 bulan akan datang bila anda boleh keluarkan lagi wang KWSP untuk pelaburan, check kat online je lah amaun akaun KWSP anda.


(Credit to http://www.my-unit-trust.com/wp-content/uploads/2008/02/panduan-KWSP.pdf)